Saturday 16 January 2016

Mini Giveaway By Si Chubby




Assalamualaikum insan mulia, malam nih saya ada jelajah atau lebih tepat teroka blog sahabat kita http://bluechoralpearl.blogspot.my kemudian saya tertarik dengan satu segmen yang agak menarik hati saya .So saya pon cari tahu dari mana datang soalan cepu emas tu. Rupanya dari daripada sahabat kita http://sichubbyy.blogspot.my. Thanks for her sebab saya sendiri tak pernah relintas dengan soalan macam tu. Kreatif sangat soalannya so jawapan nya pon haruslah kreatif tak gitu. Tak sabar rasanya nak menjawab nih. JOM JAWAB!


SOALAN PERTAMA: Apa impian korang yang sebenarnya?

Impian aku nak suami yang sayangkan aku makna kata lain lovely dan ada 12 orang anak, tak kisah lah jantina apa asalkan aku ada 12 orang anak. Aku nak sangat baby kembar perempuan sebab keluarga aku ada yang dapat anak kembar so aku pun tercipta lah impian nak anak kembar. Okay kat sini jelas aku nak suami lovely/ 12 orang anak/ anak kembar. Kenapa aku nak anak kembar sebab aku suka kan kecomelan si kembar dan satu lagi jimat masa aku mengandung.Kemudian kenapa 12 orang anak, sebab aku hanya ada tiga beradik dan tunang aku pun hanya 3 beradik kat sini menunjukkan aku perlu lahirkan anak yang ramai supaya keluarga aku besar. Kenapa aku nak suami yang penyayang, sebab bila si dia penyayang maka senang untuk aku tambah anak.hahahhahahh. Okay nih yang ada dalam fikiran aku sekarang.


SOALAN KEDUA: And apa usaha korang untuk mencapai impian tu?

Usaha aku untuk capai impian aku, aku amat jaga permakanan aku dan kesihatan aku serta aku juga selalu baca mengenai kelahiran and tips untuk jaga baby dalam kandungan. Menurut bacaan aku permakan adalah faktor utama kesihatan bayi. Aku juga kerap bersenam supaya stamina aku tip top for get twins one day. Doakan aku yer kawan kawan... 

SOALAN KETIGA: Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan?

Aku akan terus berdoa dan rujuk pada yang pakar.


Okay selesai jawapan aku . Now aku terasa nak ajak kawan sekolah aku Yana dan  cik en yang merupakan pembantu veterinar. Selamat ya.


No comments:

harga oppo find x malaysia